Abdul Azim Bin Abd Razak
Anak sulung dari 4 orang adik beradik, selamat dilahirkan di Hospital Besar Kuantan,(kini HTAA) pada Mac 1985 dan dibesarkan dalam suasana desa di Taman Cenderawasih,Kuantan,Pahang.
Dibesarkan dan dididik oleh bapa Abd Razak bin Yahya dan ibu Wan Hasimah binti Wan Sulaiman. (alhamdulillah!) Pahit manis perjalanan umur dikongsi bersama 3 orang adik,(Ela, Adib, Afiq) 33 orang sepupu (sebelah ayah dan ibu) dan kawan-kawan di sekolah serta kejiranan.
Mendapat pendidikan awal : Tadika KEMAS di Bukit Setongkol Kuantan , Taski ABIM,SK Cenderawasih dan seterusnya ke SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad sebelum di hantar ke Kolej Islam Sultan Alam Shah. Pada tahun 2003, membuat kursus persediaan di INTEC, Shah Alam sebelum melanjutkan pelajaran ke Case Western Reserve University, Ohio dalam bidang kejuruteraan. Pernah berkhidmat sebagai guru sementara di SK Batu Tiga dan Technical Analyst di Shell IT Cyberjaya. Kini bekerja di TM Sri Gombak sejak dari tahun 2010.

 

Wan Nadia Izzah Binti W. Mohd Noor
Anak kedua terakhir dari 6 adik beradik, selamat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu,(kini HSNZ) dan dibesarkan dalam suasana tanpa ipad dan facebook di Taman Medan Jaya, Rusila,Terengganu.
Dilahirkan pada November 1989, dengan berat 2.7kg.
Dibesarkan dan dididik oleh bapa Wan Mohd Noor bin W. Othman dan ibu Wan Khamsah binti Wan Mohamad. (alhamdulillah!) Pahit manis perjalanan umur dikongsi bersama 3 abang,(abang yie,abang pie, abg mer) seorang kakak (kak efa) dan seorang adik (alia), lebih meriah apabila keluarga makin bertambah dengan kehadiran ipar (kak safa,kak ida,abg muzey) dan 2 orang anak saudara yang comel, (aimi dan ammar)
Mendapat pendidikan awal : Tadika KEMAS di Taman Medan Jaya,SK Rusila, seterusnya ke MRSM YT-Besut sebelum di hantar ke MRSM Kuala Lipis.
Kini,menuntut di Tahun 5,Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams, Mesir.